EXCO Perpaduan, Datuk Rizam Ismail merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Negeri Selangor di Dewan Seri Nakhoda Bagan Nakhkoda Omar, Sabak Bernam pada 9 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Program Minggu Perpaduan pupuk semangat belia, erat silaturahim

SABAK BERNAM, 9 JUN: Penganjuran Minggu Perpaduan 2024 dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat khususnya golongan muda.

EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail berkata golongan itu dapat melibatkan diri dalam aktiviti disediakan sekali gus merapatkan silaturahim.

“Pelbagai aktiviti diadakan seperti sukaneka, kebudayaan dan pendidikan yang boleh memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Sudah pasti masyarakat khususnya golongan muda memerlukan program seperti ini dan kita sentiasa menyokongnya terutama dianjurkan di kawasan luar bandar,” katanya ketika merasmikan program tersebut di Dewan Seri Nakhoda di sini, hari ini.

Orang ramai mencuba permainan dam ular gergasi ketika sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Negeri Selangor di Dewan Seri Nakhoda Bagan Nakhkoda Omar, Sabak Bernam pada 9 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengarah Perancangan Strategik) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Mohd Fardhi Ahmad berkata penganjuran program di luar bandar bertujuan memastikan penduduk sekitar tidak tercicir.

“Kebiasaanya program seperti ini kita anjurkan di bandar tetapi kali ini memilih Sabak Bernam kerana ingin menyemarakkan elemen perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang agama dan bangsa.

“Sambutan diterima amat menggalakkan dan akan diteruskan di kawasan bandar dan luar bandar supaya dapat tingkatkan semangat kekitaan,”katanya.


Pengarang :