ADNSELANGOR

Peluang jalani saringan HPV percuma di DUN Kampung Tunku 13 Julai 

SHAH ALAM, 11 JUN: Golongan wanita sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku berpeluang mendapatkan saringan virus papiloma manusia (HPV) secara percuma pada 13 Julai depan.

Wakil rakyatnya berkata saringan bagi mengesan risiko barah pangkal rahim bermula 10 pagi hingga 3 petang di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya SS3/14.

“Barah pangkal rahim boleh dirawat dengan pengesanan awal. Dapatkan saringan anda. Ia mudah, tidak menyakitkan dan sangat efektif.

“Jom dapatkannya secara percuma,” kata Lim Yi Wei di Facebook yang turut mengingatkan peserta untuk membawa telefon bimbit dan kad pengenalan.

Menurutnya, program anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Kampung Tunku dengan kerjasama beberapa agensi itu boleh didaftar menerusi pautan forms.gle/AKkkS3dVLLZgV9RK6

Berikut antara syarat penyertaan:

  • berumur 30 tahun dan ke atas
  • pendapatan isi rumah ridak melebihi RM5,000
  • tidak mengandung
  • tidak pernah jalani pembedahan histerektomi
  • tidak pernah jalani saringan HPV dalam tempoh lima tahun

Pengarang :