SHAH ALAM, 11 MEI: Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 6 petang ini, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Agensi itu turut meramalkan cuaca sama melanda beberapa kawasan di Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.