Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad ditemui selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2023 di Bangunan SUK pada 10 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Wakil rakyat pelawa pelajar cemerlang SPM mohon hadiah penghargaan

SHAH ALAM, 15 JUN: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dipelawa memohon hadiah penghargaan.

Wakil rakyatnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berkata pelajar yang meraih keputusan 7A dan ke atas boleh hadir ke pusat khidmat masyarakat untuk memohon.

“Insya-Allah, selepas Aidiladha kita anjurkan majlis penghargaan buat pelajar cemerlang dan mereka akan diberi sedikit wang tunai berdasarkan keputusan masing-masing.

“Kita mengalu-alukan pelajar cemerlang SPM sekitar DUN Lembah Jaya memohon dengan bawa slip keputusan mereka ke pusat khidmat masyarakat dalam masa terdekat ini,” katanya kepada Selangorkini.

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi 018-247 0897 atau terus ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lembah Jaya.


Pengarang :