SHAH ALAM, 22 JUN: PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) mempelawa peminat sukan Pickleball dan bola jaring menggunakan fasiliti Arena A.T.A.S (Arena Track And Sport) @ SACC Mall.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Fakru Radzi Ab Ghani berkata gelanggang yang beroperasi sejak bulan lalu itu terletak di aras bumbung pusat membeli-belah berkenaan.
“Kadar sewaan bagi satu gelanggang Pickleball bermula dari RM30 sejam pada hari biasa manakala RM35 (hujung minggu) manakala gelanggang bola jaring dari RM60 hingga RM80.
“Kepada yang berminat untuk menyewa gelanggang ini boleh imbas kod QR di poster dan panel LED di sekitar bangunan SACC Mall,” katanya ditemui pada sidang media Kejohanan Pickleball Jemputan PREC 2024 dan Gelanggang Arena A.T.A.S @ SACC Mall, di sini hari ini.
Menurut Fakru Radzi, selain gelanggang Pickleball dan bola jaring, Arena A.T.A.S @ SACC Mall itu turut menyediakan trek permainan kereta kawalan jauh yang sudah beroperasi sejak 2018.
Pertanyaan atau maklumat lanjut boleh ikuti laman sosial Facebook, Instagram dan Tiktok @saccmall.