EXCO Sukan Najwan Halimi dan Ketua Pegawai Eksekutif, PREC Fakru Radzi Ab Ghani bersama peserta Kejohanan Pickleball jemputan PREC 2024 di Gelanggang ARENA A.T.A.S @ SACC Mall Shah Alam pada 22 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Kerajaan Negeri cadang perbanyak program Pickleball, lahir ramai bakat profesional

SHAH ALAM, 22 JUN: Kerajaan Negeri akan perbanyakkan lagi program bagi menarik minat masyarakat khususnya rakyat Selangor terhadap sukan Pickleball.

EXCO Sukan Najwan Halimi berkata meski sukan itu masih baharu di Malaysia, pihaknya percaya Pickleball memiliki potensi cerah untuk dikembangkan dan mampu melahirkan ramai bakat profesional.

“Saya sebenarnya tertarik dengan sukan Pickleball ini yang mana ia menggabungkan badminton, tenis dan ping pong yang dilihat sesuai dimainkan semua peringkat usia.

EXCO Sukan Najwan Halimi ditemui media pada Kejohanan Pickleball Jemputan PREC 2024 dan Perasmian Gelanggang ARENA A.T.A.S @ SACC Mall di SACC Mall Shah Alam pada 22 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Tahniah kepada PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) kerana menganjurkan acara ini hari ini, bagi saya usaha amat baik dalam memperkenal sukan baharu iaitu Pickleball.

“Insya-Allah, ini merupakan sebahagian langkah awal buat Kerajaan Negeri untuk kita beri sokongan kepada inisiatif PREC dan selepas ini kita akan bincang untuk perbanyakkan lagi acara bagi menarik minat ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas merasmikan Kejohanan Pickleball Jemputan PREC 2024 dan Majlis Perasmian Gelanggang ARENA A.T.A.S (Arena Track And Sport) @ SACC Mall, di sini hari ini.

Sementara itu, Najwan memuji inisiatif PREC membangunkan fasiliti sukan Arena A.T.A.S @ SACC Mall itu yang dilihat bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam memperkasa budaya sukan.

EXCO Sukan Najwan Halimi dan Ketua Pegawai Eksekutif, PREC Fakru Radzi Ab Ghani merasmikan Gelanggang ARENA A.T.A.S @ SACC Mall di SACC Mall Shah Alam pada 22 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Saya percaya fasiliti ini akan menjadi tarikan baharu untuk penduduk di Shah Alam khususnya sekali gus mempromosi amalan gaya hidup sihat,” ujarnya.

Terdahulu, sembilan pasukan berentap pada Kejohanan Pickleball Jemputan PREC 2024 yang berlangsung di Arena A.T.A.S @ SACC Mall di sini hari ini.

Senarai pasukan berentap ;

1. Media Selangor Sdn Bhd
2. Majlis Sukan Negeri Selangor
3. Kelab Sukan PREC, Sports & Recreational Club
4. Jabatan Imigresen Negeri Selangor
5. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor
6. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
7. Universiti Teknologi MARA
8. Tourism Selangor
9. PKNS FM Integrated

Aksi peserta Kejohanan Pickleball Jemputan PREC 2024 di Gelanggang ARENA A.T.A.S @ SACC Mall Shah Alam pada 22 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
Aksi peserta Kejohanan Pickleball Jemputan PREC 2024 di Gelanggang ARENA A.T.A.S @ SACC Mall Shah Alam pada 22 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pengarang :