Jemaah Haji dari seluruh dunia mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram di Mekah pada 17 Ogos 2018. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Pemegang kunci Kaabah meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 22 JUN: Ketua Pemegang Kunci Kaabah, Sheikh Saleh Al-Shaibi meninggal dunia, menurut portal haramain.com.

Menurut laporan yang dikongsi di platform media sosial X pada Sabtu, solat jenazah diadakan di Masjidil Haram dan pengebumian di Tanah Perkuburan Al Mu’alla di Makkah.

Untuk rekod, Saleh Al-Shaibi dilantik sebagai penjaga Kaabah pada 2013 selepas bapa saudaranya, Abdulqader Taha Al-Shaibi meninggal dunia.

Pada masa ini, fungsi penjaga terhad kepada pembukaan dan penutupan Kaabah.

Istana Diraja, Kementerian Dalam Negeri dan pasukan kecemasan akan menyelaras dengan penjaga jika terdapat tetamu negara.

– BERNAMA


Pengarang :