AGENDANASIONAL

Blok bangunan SK Abaka musnah terbakar

TAWAU, 23 JUN: Sebuah blok bangunan kayu Sekolah Kebangsaan (SK) Abaka di sini musnah dalam kebakaran kira-kira 12 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata blok yang terbakar itu menempatkan tiga kelas tahun empat hingga enam.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba Tawau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Jemishin Ujin berkata sepasukan 28 anggota bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Tawau sejurus menerima panggilan kecemasan.

Menurutnya kebakaran berjaya dipadamkan pada 1.23 pagi.

– BERNAMA


Pengarang :