Tokoh ulama Pattani Baba Ismail ketika sesi kuliah dhuha siri Talaqi Kitab Ihya’ Ulumuddin dan Mawaqif al-Marjan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 24 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Talaqqi kitab: Islam saran umatnya bersungguh-sungguh tuntut ilmu

SHAH ALAM, 24 JUN: Karya agung Imam al-Ghazali mengingatkan umat Islam untuk sentiasa bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu seperti yang dianjurkan Islam, kata tokoh ulama Pattani.

Mengupas kitab Ihya Ulumuddin dan Mawaqif al-Marjan sempena program Talaqqi Kitab Turath Islami di masjid negeri hari ini, Baba Ismail Sepanjang al-Fathoni berkata ilmu adalah keperluan manusia dan satu-satunya warisan Rasulullah kepada umatnya.

Tokoh ulama Pattani Baba Ismail ketika sesi kuliah dhuha siri Talaqi Kitab Ihya’ Ulumuddin dan Mawaqif al-Marjan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 24 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Kita diperintahkan Allah supaya menuntut ilmu untuk dunia dan akhirat. Malah, menuntut ilmu adalah fardu (wajib) ke atas setiap Muslim.

“Rasulullah juga memberi amaran kepada orang yang meninggalkan urusan dunia semata-mata menuntut akhirat. Ini membuktikan perintah menuntut ilmu tidak membezakan ilmu dunia dan akhirat.

“Bahkan, menuntut kedua-duanya adalah wasilah (cara) Allah menganugerahkan kebaikan kepada kita,” kata  ketika menyampaikan kuliah dhuha sempena program berkenaan.

Program anjuran Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) merupakan kesinambungan daripada Festival Turath Islami Selangor bagi tahun kedua yang diadakan pada 26 Mei hingga 2 Jun lepas.

Acara untuk memartabat syiar Islam dan menyebar warisan keilmuan Islam itu menampilkan bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Professor Dr Ali Jum’ah yang mengupas Kitab Hadis 40 Imam Nawawi.

Berlangsung di masjid negeri, festival itu turut menganjur Pameran Al-Wahyu yang mempamerkan kitab dari Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia dan koleksi individu.


Pengarang :