Orang ramai mengunjungi Program Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat di PPR Kerinchi pada 6 Januari 2024. Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah empat lokasi pagi ini, beli ayam RM10 seekor

SHAH ALAM, 27 JUN: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke empat lokasi esok.

Jualan Ehsan Rahmah (JER) bertempat di Dewan MBSA Pulai Seksyen 27, Jalan Sg Gapis 27/71, Shah Alam (Kota Kemuning) dan blok 10, Desa Mentari 2 (Taman Medan).

Jualan juga diadakan di pasar tani Taman Rambai Indah (Banting) dan Dewan Serbaguna Seri Kembangan (Seri Kembangan).

Inisiatif JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :