Suasana sekitar Karnival Kerjaya Mega Selangor 2023 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 18 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Pameran kerjaya di Batang Kali 29 Jun, sedia temu duga segera

SHAH ALAM, 27 JUN: Penduduk Selangor dijemput hadir ke program Karnival Kerjaya Jobcare di Dewan Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali, Batang Kali, Sabtu ini.

Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) berkata syarikat dari pelbagai industri akan membuka kaunter untuk memperkenalkan kekosongan jawatan terkini kepada pengunjung.

“Pejabat EXCO Sumber Manusia V Papparaidu dengan sukacitanya mengumumkan penganjuran program Karnival Kerjaya Jobcare pada 29 Jun 2024.

“Program ini sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri untuk menyokong pencari kerja dan mempromosikan peluang pekerjaan dalam komuniti,” katanya dalam kenyataan semalam.

Selain kaunter, terdapat juga sesi temu duga kerja yang akan dijalankan sepanjang hari. Program itu bertujuan mempercepatkan proses pengambilan pekerja dan memudahkan penempatan kerja segera bagi calon layak.

Orang ramai digalakkan membawa salinan resume dan bersedia untuk temu duga segera. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat EXCO Papparaidu di talian 03-55447305 atau 03-55447307.

 


Pengarang :