Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor Dato’ Johary Anuar bersama peserta Persidangan Bandar Kreatif Selangor sempena sambutan ulang tahun ke 18 Bandaraya Petaling Jaya di Dewan Sivik MBPJ pada 27 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Negeri sasar bentuk bandar kreatif menjelang 2030, MBPJ jadi pemangkin

PETALING JAYA, 27 JUN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) diberi kepercayaan Kerajaan Negeri untuk menjadi pemangkin menganjurkan Persidangan Bandar Kreatif Selangor,.

Timbalan setiausaha kerajaan (pembangunan) berkata persidangan itu merupakan perbincangan untuk mewujudkan satu ‘blueprint’ tindakan ke arah pembentukan bandar kreatif di Selangor menjelang 2030.

“Objektif utama persidangan ini mewujudkan Selangor Creative Cities Network (Rangkaian Bandar Kreatif Selangor – SCCN) sekali gus diiktiraf di bawah Unesco Creative Cities Network (UCCN).

“Sehingga tahun lalu, terdapat 330 bandar di seluruh dunia tersenarai di bawah UCCN termasuk dua bandar di Malaysia iaitu Kuching Selatan, Sarawak dan Bandaraya Ipoh, Perak.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor Dato’ Johary Anuar ketika ditemui media pada Persidangan Bandar Kreatif Selangor sempena sambutan ulang tahun ke-18 Bandaraya Petaling Jaya di Dewan Sivik MBPJ pada 27 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Justeru, Kerajaan Negeri berpandangan Selangor berpotensi besar mencapai pengiktirafan sedemikian sekiranya semua pihak berkuasa tempatan (PBT) memiliki bidang kreatif masing-masing,” kata Dato’ Johary Anuar.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena penganjuran Persidangan Bandar Kreatif Selangor di Dewan Sivik, MBPJ di sini semalam.

Johary menjelaskan Kerajaan Negeri turut mencadangkan supaya semua PBT, persatuan dan pertubuhan berkaitan kreativiti kemuka penyertaan di bawah SCCN.

“SCCN ini yang mengukuhkan kerjasama antara bandar di Selangor dalam pembangunan bandar mampan berasaskan kreativiti dan industri kebudayaan.

“Hasrat untuk menjadi sebahagian UCCN bukan sahaja satu pengiktirafan tetapi ia tanggungjawab untuk menyumbang kepada taraf kehidupan yang lebih baik kepada komuniti khususnya di Selangor,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Petaling Jaya berkata persidangan itu turut mendapat kerjasama Eastern Regional Organization for Planning and Human Settlements (EAROPH) dan Malaysian Institute of Planners.

Menurut Mohamad Zahri Samingon terdapat tujuh kategori di bawah UCCN meliputi kraf dan seni rakyat, seni reka, filem, gastronomi, sastera, seni media dan muzik.

“Penganjuran Festival Cerita Rakyat Belia Asia Pasifik oleh MBPJ juga akan dijadikan platform mengumpulkan usahawan berdasar tujuh kategori itu.

“Justeru, persidangan ini juga adalah untuk mengumpulkan semua PBT dan pihak berkaitan untuk bincang bagi mendapat input mewujudkan blueprint Bandar Kreatif Selangor 2030,” katanya.

Terdahulu, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari merasmikan persidangan itu.

Tukang gitar Amariz Gitar Smith, Mohd Hazrey Yahya (kanan) menunjukkan gitar yang dihasilkan beliau kepada EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Anfaal Saari (dua kanan) dan Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon (dua kiri) pada Persidangan Bandar Kreatif Selangor sempena sambutan ulang tahun ke-18 Bandaraya Petaling Jaya di Dewan Sivik MBPJ pada 27 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pengarang :