AGENSISELANGOR

Orang ramai dijemput meriahkan suara gempak Shah Alam esok, masuk percuma

SHAH ALAM, 28 JUN: Orang ramai dipelawa memeriahkan Kemuncak Suara Gempak Shah Alam 2024 jam 8 malam esok.

Bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),acara itu turut dihiburkan dengan persembahan artis jemputan yang popular menerusi lagu Mahligai Syahdu, Dato’ Hattan.

“Sesuatu yang unik dan menarik turut menanti anda dengan persembahan finalis. Menariknya, hadiah cabutan bertuah juga disediakan.

“Masuk adalah percuma dan tempat terhad. Jumpa anda disana!,” tulis MBSA menerusi Facebook.


Pengarang :