Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah menyembelih lembu dalam program ibadah korban pada hari raya ketiga Aidiladha, 19 Jun, selepas majlis perasmian Kompleks Pejabat Kerajaan di Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Petaling di Seksyen U5, Shah Alam. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Serumpun bak serai, Gagasan Selangor pupuk perpaduan rakyat

Berinduk bak ayam, rumpun bak serai, junjung bak sirih, itulah kita di nusantara — begitulah hasrat Kerajaan Negeri apabila menganjurkan Gagasan Rumpun Selangor tahun ini.

Dengan dana RM4.5 juta, program perpaduan ini bermula di daerah Hulu Selangor selama tiga pada 21 Februari dengan kehadiran Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Baginda turut melancarkan logo rasmi Gagasan Rumpun Selangor selepas majlis perasmian program disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Kuala Kubu Bharu pada 22 Februari.

Dijangka berakhir pada November depan, program itu berlangsung di Hulu Langat antara 24 hingga 26 April, Sepang (9 hingga 11 Mei) dan Petaling (19 hingga 21 Jun) dengan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat.

Selain gambar daripada Facebook Selangor Royal Office, jurufoto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN dan HAFIZ OTHMAN merakamkan sebahagian aktiviti Gagasan Rumpun Selangor di empat daerah berkenaan. Keterangan oleh HAFIZAN TAIB.

Diiringi EXCO Warisan Borhan Aman Shah (tiga, kanan), Raja Muda Selangor berangkat meninjau tinggalan kapal korek Sri Banting, Dengkil pada 10 Mei ketika program di Sepang
Selepas meluncur bas elektrik percuma Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 20 Jun, Tengku Amir Shah diiringi Rizam dan Datuk Bandar Mohamad Zahri Samingon meninjau dari dalam bas berkenaan
Raja Muda Selangor bersama Dato’ Menteri Besar, EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Setia Haris Kasim selepas merasmikan logo di Kuala Kubu Bharu pada 22 Februari
Tengku Amir Shah menyampaikan sumbangan baik pulih rumah RM17,590 di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu pada 23 Februari. Empat asnaf di Hulu Selangor mendapat bantuan
Raja Muda Selangor mendengar penerangan ketika melawat pusat pemantauan maklumat banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor di Shah Alam pada 19 Jun
Budayawan Prof Dato’ Setia Dr Abdul Mua’ti Ahmad (empat, kanan) menerangkan artifak kepada Raja Muda Selangor di Muzium Warisan Melayu Universiti Putra Malaysia, Serdang pada 21 Jun
Tengku Amir Shah ceria menyaksikan murid Sekolah Kebangsaan Taman Muda, Ampang Jaya menggelecek dalam klinik bola sepak ketika program di Hulu Langat pada 26 April
Orang ramai mengambil pelbagai juadah ketika rumah terbuka Aidilfitri di Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua sempena program Rumpun Selangor peringkat Hulu Langat pada 25 April
Raja Muda Selangor melihat biji benih pelbagai varieti buah melon ketika lawatan ke kebun tanaman tersebut di Pandan Jaya, Hulu Langat pada 26 April
Tiga kanak-kanak seronok membaling dadu permainan dam ular gergasi semasa Karnival Perpaduan Rumpun Selangor di Kuala Kubu Bharu pada 22 Februari
Raja Muda Selangor diiringi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang Dato’ Abd Hamid Hussain (tiga, kanan) mengadakan lawatan ke Kilang Agro Chip Kampung Bukit Bangkong pada 10 Mei
Remaja menyertai pertandingan futsal berkain pelekat dalam Karnival Perpaduan, sebahagian aktiviti program Gagasan Rumpun Selangor di Hulu Selangor pada 22 Februari

Tengku Amir Shah turut bersama peserta menyertai lumba perahu naga Piala Raja Muda Selangor di jeti nelayan Sungai Besar, Sepang pada 11 Mei

Tengku Amir Shah bersama peserta klinik bola sepak di Stadium Mini Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada 10 Mei menunjukkan solidariti untuk pemain kebangsaan dan Selangor FC Faisal Halim

Pengarang :