BUDAYARENCANA

Sellotape

memberi-bahagi pada awalnya
sentiasa berlaku begitu mudah

tidak perlu dikutis banyak
terus saja menawarkan diri

lahir dan wujud kami pun
sudah diniatkan tujuan

cuma ada waktu terasa
dunia acap sekali menggunting

ampun, ampun!

kalau kami pernah mengerekot leher
semata mahu menjimatkan hayat.

Khoo Phau Liang


Pengarang :