AGENDANASIONAL

DBKL laksana kadar kompaun baharu kesalahan trafik mulai 1 Julai

KUALA LUMPUR, 29 JUN: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan kadar kompaun baharu bagi kesalahan trafik di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan semua perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta 333, mulai Isnin ini (1 Julai).

DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan kadar kompaun kategori motosikal adalah sebanyak RM30 bagi tempoh bayaran satu hingga 15 hari, RM50 (16 hingga 30 hari) dan RM80 (31 hingga 60 hari).

Bagi kategori kereta, kompaun sebanyak RM50 dikenakan bagi tempoh bayaran satu hingga 15 hari, RM80 (16 hingga 30 hari) dan RM100 (31 hingga 60 hari) manakala kenderaan berat, kadar kompaun adalah sebanyak RM200 bagi tempoh bayaran satu hingga 15 hari.

“RM250 bagi tempoh 16 hingga 30 hari dan RM300 bagi tempoh 31 hingga 60 hari,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA


Pengarang :