Orang ramai tidak melepaskan peluang hadir untuk membeli barang keperluan pada Program Jualan Ehsan Rahmah DUN Kinrara di Bandar Puchong Jaya pada 01 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sungai Tua, Pandan Indah antara empat lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 1 JULAI: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan asas murah dengan mengunjungi Jualan Ehsan Rahmah (JER) di empat lokasi esok, bermula jam 10 pagi.

Jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di Flat Kenanga (Sungai Tua), pekan Batu 29, Sabak Bernam (Sungai Air Tawar).

Jualan sama turut dijadual berlangsung di Jalan Persiaran Pandan 3, Pandan Jaya (Pandan Indah) dan Dewan Orang Ramai Jalan Palembang, Kampung Rantau Panjang (Sementa).

Inisiatif JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :