Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Baru Klang Dr Quah Perng Fei pada sesi penyerahan sumbangan untuk 13 sekolah berjumlah RM130,000. Foto Facebook Dr Quah Perng Fei
ADNSELANGOR

DUN Bandar Baru Klang peruntuk RM130,000 naik taraf prasarana 13 sekolah

SHAH ALAM, 2 JUL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baru Klang menyumbang RM130,000 bagi kerja naik taraf prasarana di 13 sekolah.

Wakil rakyatnya Dr Quah Perng Fei berkata setiap sekolah menerima RM10,000 bagi menyediakan persekitaran pembelajaran dan pengajaran lebih kondusif kepada guru serta pelajar.

Katanya sekolah yang menerima manfaat merangkumi Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

“Penambahbaikan kemudahan dan infrastruktur sekolah adalah sangat penting untuk memastikan operasi harian sekolah berjalan lancar dan kualiti pengajaran serta pembelajaran tidak terjejas.

“Ia juga dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif kepada pelajar dan guru,” katanya menerusi Facebook pada 30 Jun lalu.


Pengarang :