AGENDAJENAYAH

Pelawak, isteri direman dua hari, bantu siasatan sebar maklumat dalaman polis

SHAH ALAM, 2 JULAI: Seorang pelawak dan isterinya direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat dalaman di aplikasi Telegram berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pasangan berkenaan yang masing-masing berusia 38 dan 37 tahun itu, ditahan di Balai Polis Seksyen 9, di sini, kira-kira 7 malam semalam.

“Kedua-duanya dibawa ke Mahkamah Shah Alam hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman dan telefon bimbit pasangan terbabit turut dirampas bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Sebelum ini, tular di aplikasi itu mengenai penulisan dan gambar berkaitan hal ehwal dalaman IPD berkenaan.

– BERNAMA


Pengarang :