ADNSELANGOR

Prestasi ekonomi naik saban tahun, ungguli tiga sektor penting

SHAH ALAM, 3 JULAI: Prestasi ekonomi Selangor yang meningkat tahun demi tahun membuktikan pentadbiran yang diterajui Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berada di landasan tepat.

Sejak mengambil alih pentadbiran, prestasi dicatatkan pada 2019 ialah 24.1 peratus dan ia meningkat hingga tahun lalu merekodkan 25.9 peratus dengan mengungguli sektor perkhidmatan, pembinaan dan pembuatan.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Selangor berkata kejayaan itu turut menjadi kayu ukur Rancangan Selangor pertama (RS1) yang bakal direalisasikan seterusnya ekonomi, kebajikan rakyat negeri itu terus terjaga dan terjamin.

“Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) semalam menunjukkan Selangor menjadi negeri sangat penting dalam membantu pertumbuhan ekonomi negara bila mana nilai aktiviti ekonomi bagi negeri ini berjumlah RM406.1 bilion sekali gus mencipta sejarah menjadi negeri pertama mampu mencapai angka itu.

ADN Kota Damansara Izuan Ahmad Kasim

“Ini dapat dilihat sejak Dato’ Seri Amirudin Shari mengambil alih pentadbiran, pretasi Selangor meningkat tahun demi tahun bermula 24.1 peratus pada 2019 sehingga kini 25.9 peratus pada 2023,” kata Izuan Kassim.

Izuan yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Damansara berkata AMK Selangor mengucapkan tahniah kepada Amirudin dan pasukan atas kejayaan dicapai serta disokong penjawat awam yang turut sama membantu.


Pengarang :