EXCO Kesihatan Awam & Alam SekitarJamaliah Jamaluddin menjawab soalan dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-15 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 4 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
EXCOSELANGOR

Lebih sejuta pokok ditanam di Selangor tahun lalu

SHAH ALAM, 4 JULAI: Sebanyak 1.12 juta pokok landskap ditanam di seluruh Selangor tahun lalu, menerusi usaha yang dilaksanakan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri.

EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berkata Majlis Bandaraya Diraja Klang merekodkan tanaman tertinggi dengan 500,000 pokok diikuti Majlis Bandaraya Subang Jaya dengan 305,645 pokok.

“Selain itu, Majlis Perbandaran Kuala Selangor mencatatkan 178,175 tanaman pokok, diikuti Majlis Perbandaran Kuala Langat (152,281 pokok), dan Majlis Bandaraya Shah Alam dengan 117, 041 pokok.

“Semua perbelanjaan bagi inisiatif tanaman pokok landskap oleh semua PBT ini membabitkan kos RM26.6 juta,” katanya pada persidangan Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyan lisan wakil rakyat Sentosa G. Gunarajah berhubung jumlah pokok landskap yang ditanam di seluruh Selangor sepanjang tahun lalu.

Pengurusan hutan dan alam sekitar secara lestari antara tema utama Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang dilancar pada 2022 bagi merangka inisiatif strategi yang effisien dan berimpak tinggi.

Kerajaan turut melancarkan Program Penghijauan Malaysia menerusi Kempen Penanaman 100 juta Pokok bagi tempoh lima tahun bermula 2021 hingga 2025.


Pengarang :