Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Utama Kuala Selangor pada 2 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKIN
AGENDANASIONAL

46 program kebajikan rangkumi semua kelompok masyarakat

SHAH ALAM, 4 JULAI: Iltizam Selangor Penyayang (ISP) program induk merangkumi pelbagai kelompok dalam masyarakat dalam menuju negeri inklusif dari sudut sosial, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari memberitahu pelbagai inisiatif disediakan untuk membantu semua lapisan rakyat termasuk wanita, kanak-kanak, kumpulan kelainan upaya dan berkeperluan khas.

Beliau menjelaskan keberkesanan terhadap ISP yang meliputi 46 program antaranya kesihatan, keusahawanan dan penjagaan kanak-kanak dapat dilihat pada 2023 dan tahun seterusnya.

“Namun, dengan pelbagai program sosial yang sedang dilaksanakan di negeri ini, masih terdapat ruang untuk meningkatkan pengurusan sumber bagi mencapai impak yang diinginkan,” katanya.

Membentang Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama (RS-1) di Dewan Negeri Selangor, beliau mengakui capaian terhadap kumpulan itu terhad kerana ISP bergantung kepada peruntukan.


Pengarang :