AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Hulu Langat, Hulu Selangor hingga 6 petang

SHAH ALAM, 7 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di daerah Hulu Selangor dan Hulu Langat hingga 6 petang.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, cuaca hujan disertai ribut petir juga diramal berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :