AGENDANASIONAL

Hujan lebat landa seluruh Selangor, KL, Putrajaya hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 7 JUN: Seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal hujan lebat hingga 1 pagi esok, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu memaklumkan di Facebook, cuaca hujan disertai ribut petir juga diramal berlaku di seluruh Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Labuan selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :