EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han menjawab soalan dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-15 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 5 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Negeri hasrat jadikan Serendah sebagai hab pembuatan pengangkutan

SHAH ALAM, 10 JULAI: Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan Serendah sebagai hab pembuatan pengangkutan susulan potensi dan pembangunan di kawasan itu.

EXCO pelaburan berkata pembukaan Bandar Industri Bernilai Tinggi Serendah oleh syarikat UMW Development Sdn Bhd turut menarik pelbagai pelaburan ke Serendah.

“Pembukaan kilang oleh vendor automatif seperti Perodua, Tan Chong Motors dan UMW Development merancakkan aktiviti pelaburan di Serendah.

“Pemindahan ibu pejabat UMW dari Shah Alam ke Serendah juga telah menarik pelaburan oleh Longi Malaysia ke kawasan ini,” kata Ng Sze Han dalam Sidang Dewan Negeri hari ini.

Beliau menambah pembangunan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) juga membuka peluang baharu kepada Serendah untuk dimajukan menjadi hab logistik negara.

“Stesen Bandar Serendah bakal menjadi pertemuan antara rel dari pantai timur, selatan dan utara. Serendah berpontensi menjadi pusat pengedaran dan logistik.

“Pelabur boleh menggunakan ECRL bagi mengedarkan barangan ke timur menggunakan Pelabuhan Kuantan manakala barangan dari timur boleh dihantar ke Pelabuhan Klang dan Pulau Pinang melalui Stesen Bandar Serendah.

“Stesen ini juga akan berfungsi sebagai stesen penumpang ECRL,” katanya.

 


Pengarang :