Orang ramai hadir menjalani pemeriksaan kesihatan percuma sempena Program Selangor Saring peringkat DUN Paya Jaras di Dewan Meranti MBSA Bandar Baru Sungai Buloh, Seksyen U20, Shah Alam pada 06 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR
EXCOSELANGOR

Saringan kesihatan percuma di Sungai Tua pada Ahad, daftar di aplikasi SELangkah

SHAH ALAM, 11 JULAI: Orang ramai dipelawa menyertai program Selangor Saring anjuran Kerajaan Negeri di Dewan Orang Ramai Kampung Wira Damai, Batu Caves pada Ahad ini, bermula 9 pagi hingga 3 petang.

EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin berkata inisiatif saringan kesihatan percuma peringkat DUN Sungai Tua itu menyediakan saringan kesihatan seperti jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, kanser, mata, telinga dan gigi.

“Jom ramai-ramai berkunjung ke lokasi program Selangor Saring. Ambil peluang ini untuk melakukan saringan kesihatan percuma. Hubungi Selcare di talian 1800226600 jika ada masalah pendaftaran,” katanya Facebook.

Beliau menyarankan orang ramai mendaftar program Selangor Saring menerusi empat langkah berikut:

  1. Memuat turun aplikasi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah)
  2. Tekan butang Selangor Saring
  3. Isi borang soal selidik
  4. Pilih lokasi dan tarikh program

Menerusi pembentangan  Belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.

Selepas ini, inisiatif Selangor Selangor dijadual berlangsung pada 20 Julai di Dewan Serbaguna Kampung Kuantan (DUN Batu Tiga). Awal bulan ini, saringan kesihatan percuma itu telah diadakan di DUN Paya Jaras dan Dengkil.


Pengarang :