AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Amaran hujan lebat di Sabak Bernam, Hulu Selangor hingga 9 pagi

SHAH ALAM, 12 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam dan Hulu Selangor hingga 9 pagi ini.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka berlaku seluruh Pulau Pinang, Pahang, Melaka dan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, serta Sarawak.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :