PBTSELANGOR

MBDK tunda kenderaan berat parkir di kawasan tumpuan, perumahan

SHAH ALAM, 18 JULAI: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) melaksanakan tindakan penguatkuasaan menunda kenderaan berat yang parkir di kawasan tumpuan dan perumahan.

Pengarah Komunikasi Korporatnya Norfiza Mahfiz berkata tindakan berkenaan dilaksana bulan ini selepas menerima banyak aduan daripada penduduk.

“Tindakan penguatkuasaan ini untuk mendidik pengguna lalu lintas terutama pengusaha atau pemilik kenderaan berat agar lebih berdisiplin dalam mematuhi undang-undang.” katanya menerusi kenyataan.

Norfiza menjelaskan, kewujudan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Selatan dan Pelabuhan Barat antara faktor penyumbang kemasukan kenderaan berat yang banyak setiap hari.

“Kewujudan pelabuhan ini menyebabkan kadar pengangkutan terutama kenderaan mengangkut kontena dan lori perdagangan amat tinggi di bandar ini sehingga MBDK kerap menerima aduan,” katanya.

Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-23826 atau talian pejabat Jabatan Penguatkuasa MBDK menerusi 03-3374 8845.


Pengarang :