AGENSISELANGOR

Luaskan jaringan, usahawan dipelawa sertai himpunan niaga PKNS 23 Julai

SHAH ALAM, 21 JULAI: Usahawan di negeri ini dipelawa menyertai program Bizmatch Mega – Himpunan Usahawan Selangor pada 23 Julai, bagi meluaskan jaringan dan mempromosi perniagaan.

Dijangka mencatat lebih 1,000 penyertaan, program secara percuma anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) diadakan di Dewan Raja Muda Musa, di sini mulai 8 pagi hingga 4 petang.

“Pihak Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS ingin menjemput anda untuk bersama dalam Bizmatch Mega – Himpunan Usahawan Selangor bersama agensi pembiaya dan keusahawanan.

“Usahawan di Selangor dijemput hadir ke program tersebut pada 23 Julai ini. Inilah peluang usahawan untuk mulakan atau kembangkan perniagaan. Jangan lepaskan peluang,” katanya di Facebook.

Menurut PKNS, peserta juga boleh mendapat rujukan secara terus, perkongsian maklumat pembiayaan perniagaan terkini dan sesi bersama agensi keusahawanan menerusi program terbaharu.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan https://bizmatch.com.my dan tempat adalah terhad.


Pengarang :