Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan sumbangan wakaf fisabilillah berjumlah RM12,000 kepada Sekolah Kebangsaan Telok Menegon, Klang pada 19 Julai 2024. Foto Facebook Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)
AGENSISELANGOR

SK Telok Menegon terima sumbangan wakaf RM12,000, naik taraf kemudahan

SHAH ALAM, 21 JULAI: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan sumbangan wakaf fisabilillah berjumlah RM12,000 kepada Sekolah Kebangsaan Telok Menegon, Klang, baru-baru ini.

Menerusi Facebook rasminya, perbadanan itu memaklumkan sumbangan bagi pemasangan penyaman udara, karpet dan pintu di sekolah tersebut.

“Selain sumbangan, taklimat wakaf turut disampaikan bagi menyebarluas dakwah, kefahaman dan kesedaran mengenai fadhilat berwakaf kepada guru dan murid sempena sambutan Maal Hijrah di sekolah berkenaan,” katanya.

Turut dibuka pada hari penyerahan adalah kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada guru melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, secara terus dan kod QR.

Katanya mereka yang berminat menyalurkan sumbangan wakaf boleh berbuat demikian melalui laman web PWS di https://fpx.wakafselangor.gov.my atau https://infaqpay.my/go/wakafselangor untuk berwakaf tunai.


Pengarang :