Juara Shahrul Fadilah (tengah), Naib Juara Elvenie Petrus (lima kiri) dan Tempat Ketiga Nasrin Afrina (tiga kanan) bergambar selepas pertandingan akhir Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Ke-38 pada Festival Puisi Selangor sempena Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada 21 Julai 2024. Turut sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Johary Anuar. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Lima kali juara deklamasi puisi negeri, bapa empat anak sasar menang kebangsaan

SHAH ALAM, 22 JULAI: Kemunculan semula bapa empat anak dalam Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan peringkat negeri berbaloi apabila beliau sekali lagi muncul sebagai juara.

Kali terakhir menyertai pertandingan sama pada 2018 dan mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan, Fadilah Ibrahim, 51, kemenangan itu kali kelima sepanjang 20 tahun berkecimpung alam dunia seni.

“Saya sudah sertai beberapa kali pertandingan ini. Tahun 2006, 2008, 2013 dan 2018. Keempat-empat tahun ini saya menang cuma pada peringkat kebangsaan masih belum ada rezeki.

Shahrul Fadilah Ibrahim menjuarai pertandingan akhir Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Ke-38 pada Festival Puisi Selangor sempena Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada 21 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Tahun ini, saya akan cuba buat terbaik untuk beri kemenangan kepada Selangor. Tidak mudah tetapi saya akan cuba membanggakan negeri,” katanya yang kini bekerja sendiri pada 21 Julai.

Beliau mengalahkan lima lagi peserta akhir sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,000, baucar bernilai RM400, cenderamata dan piala.

Shahrul bakal mewakili negeri dalam kejohanan peringkat kebangsaan yang dijadual berlangsung di Hotel Mardhiyyah di sini pada 23 Ogos.

 

Naib johan Elvienie Petrus, 24, pula berkata perpindahan ke Semenanjung dari Sabah sejak 10 tahun lalu menjadi titik tolak penglibatannya dalam sayembara puisi berkenaan.

Elvenie Petrus Naib Juara pertandingan akhir Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Ke-38 pada Festival Puisi Selangor sempena Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada 21 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Mendapat tempat ketiga pertandingan sama peringkat Perak tahun lalu, bakal guru itu mengakui mencintai Kesusasteraan Melayu sejak kecil tetapi tidak berpeluang cerah berikutan saingan ramai.

“Bila pindah ke sini, terus saya tanam impian untuk masuk sayembara ini. Tahun lepas, saya sertai di Perak dan kini Selangor. Saya akan sertai lagi pada tahun mendatang,” katanya.

 

 

Juara Shahrul Fadilah (tengah, Naib Juara Elvenie Petrus (kanan) dan Tempat Ketiga Nasrin Afrina (kiri) bergambar selepas pertandingan akhir Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Ke-38 pada Festival Puisi Selangor sempena Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada 21 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Pengarang :