Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan. Foto BERNAMA
AGENDAJENAYAH

Budak perempuan hilang ditemukan selamat di Selangor

KUALA LUMPUR, 23 JULAI: Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lalu ditemukan selamat di Selangor.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan perkara itu berkata kanak-kanak terbabit dijumpai di kawasan Batang Kali.

“Ketua Polis Johor akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan dilapor meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Albertine Leo Jia Hui yang disedari hilang oleh bapanya di sebuah pusat beli-belah di Iskandar Puteri kira-kira 8.30 malam, Sabtu lalu.

– BERNAMA


Pengarang :