SABAK BERNAM, 24 JULAI: Selangor bakal menjalin kerjasama dengan Pahang dan Sabah bagi memperluas tanaman jagung bijirin berkualiti tinggi.
EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata pihaknya kini dalam usaha mengenal pasti tanah yang sesuai untuk mengusahakan tanaman tersebut.
“Kita akan jalin kerjasama dengan Pahang dan Sabah untuk usahakan tanaman ini. Kini kita dalam perbincangan awal untuk mengenal pasti tanah yang sesuai,” katanya.
Ir Izham berkata demikian ketika ditemui pada sesi lawatan ke Pertubuhan Peladang Negeri Selangor bahagian jentera di sini, semalam.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/01/5-24-e1705824970484-500x402.jpg)
Pada 21 Januari lalu, Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor menuai 118 tan hasil pertama jagung bijirin berkualiti tinggi yang mula ditanam tahun lalu.
Projek julung kali Kerajaan Selangor itu bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada import makanan ayam, sekali gus mengurangkan atau menstabilkan harga ayam di negeri ini.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/01/7-19-500x333.jpg.webp)