Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tiga, kiri) dan Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (tiga, kanan) bergambar bersama ketika MIDA Invest Series Selangor Unfolding Its Business Potential sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 25 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor kekal negeri pilihan, raih pelaburan RM12.4 bilion suku pertama 2024

KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Selangor kekal sebagai negeri pilihan pelabur dengan meraih pelaburan berjumlah RM12.4 bilion pada suku pertama tahun ini.

Berdasar laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Dato’ Menteri Besar nilai pelaburan terbabit menawar 8,377 peluang kerja meliputi 363 projek.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika MIDA Invest Series Selangor Unfolding Its Business Potential sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 25 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Nilai merekodkan peningkatan sebanyak 66.8 peratus banding suku pertama 2023 yang merekodkan jumlah pelaburan sebanyak RM7.44 bilion.

“Peningkatan menunjukkan Selangor konsisten menarik pelaburan khusus dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan.

“Selain itu, projek pelaburan di Selangor mencipta peluang pekerjaan tinggi dan perniagaan kepada usahawan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Berucap pada sidang Ekspo Taman Perindustrian Selangor sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Selangor di sini, beliau berkata pentadbirannya tekad menarik lebih banyak pelaburan masuk ke negeri ini.

“Selangor akan membantu pelabur baharu atau berpontensi untuk meneroka peluang perniagaan di negeri ini.

“Inisiatif ‘Soft Landing Programme’ merupakan skim insentif membantu pelabur memilih lokasi yang sesuai untuk laksana projek pelaburan mereka di Selangor,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz melawat reruai selepas merasmikan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 25 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Pada Mac, MIDA mengumumkan pelaburan direkodkan Selangor tahun lalu sebanyak RM55.3 bilion melebihi sasaran ditetapkan iaitu RM45 billion.

Awal bulan ini, laporan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri meningkat kepada 25.9 peratus pada 2023, bertambah lebih baik daripada 25.5 peratus tahun sebelumnya.

Pertumbuhan ekonomi juga meningkat sebanyak 5.4 peratus, melebihi pertumbuhan sederhana seluruh negara pada kadar 3.6 peratus tahun lalu.

Laporan turut menunjukkan pertumbuhan KDNK tiga negeri lain merekodkan angka melebihi kadar seluruh negara iaitu Pahang (5.2 peratus), Johor (4.1 peratus) dan Kuala Lumpur (3.7 peratus).

Pameran Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 25 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Pengarang :