Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap sempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di Dewan Acara Cyber Cyberjaya, Sepang pada 21 JULAI 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR
AGENDANASIONAL

Tingkat kekuatan koperasi, PM umum dana RM6 juta kepada Angkasa

KUALA LUMPUR, 26 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM6 juta kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) untuk meningkatkan kekuatan gerakan koperasi di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, beliau berkata RM2 juta diselaraskan melalui peruntukan jualan Rahmah di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk Angkasa memperkasakan kegiatan koperasi.

Anwar berkata sejumlah RM2 juta lagi diselaraskan melalui peruntukan Program Sejati MADANI di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) untuk disalurkan kepada koperasi di perkampungan Madani.

“Kita ada perkampungan Madani yang ambil jawatankuasa masjid, persatuan belia dan wanita. Saya nak masukkan koperasi dalam kelompok itu dan dalam program berkenaan, RM2 juta disalurkan oleh Angkasa kepada koperasi di bawah,” kata beliau semasa berucap pada majlis penutup Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 di sini hari ini.

Anwar berkata RM1 juta pula ialah peruntukan baharu bagi program ASEAN Cooperative sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 kerana beliau mahu gerakan koperasi menjadi antara agenda penting ASEAN tahun depan.

-BERNAMA


Pengarang :