Sepupu kepada Nur Farah Kartini, Suzursofia Smeth Jaya, 33, ketika ditemui di di luar Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada 26 Julai 2024. Foto HALIM ABDUL RAHMAN MEDIA SELANGOR
AGENDANASIONAL

Keluarga Nur Farah Kartini puas hati proses siasatan, pendakwaan

OLEH ANNA FARINA ABDUL RAUF

HULU SELANGOR, 26 JULAI: Keluarga kepada Nur Farah Kartini yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di sini pada 15 Julai lepas berpuas hati terhadap proses pendakwaan di mahkamah setakat ini.

Sepupu kepada Nur Farah Kartini, Suzursofia Smeth Jaya, 33, berkata keluarga berharap pihak pendakwaan akan memberikan pembelaan dan keadilan terhadap Allahyarham.

“Setakat ini positif, kita tunggu sebutan semula kes selepas ini, kita mahu nasib arwah terbela,” katanya kepada pemberita di luar Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

Suzursofia hadir bersama dua lagi ahli keluarga Nur Farah Kartini untuk mengikuti prosiding pendakwaan Lans Koperal Muhammad Alif Monjani yang berhadapan tuduhan membunuh Nur Farah Kartini.

Turut hadir pada prosiding itu ialah keluarga tertuduh termasuk ayah, adik-beradik dan rakan-rakannya.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai sebelum mayatnya dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam di sini, kira-kira pukul 6 petang, lima hari kemudian.

 

 

 


Pengarang :