Anggota Unit Operasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) meninjau harga jualan ketika mengadakan operasi pemeriksaan sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMPHRP) 2020 di Pasar Dato Keramat Kuala Lumpur pada 22 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

PM seru DBKL beri perhatian bangun semula Pasar Dato Keramat

KUALA LUMPUR, 26 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi perhatian dan keutamaan kepada pembangunan semula Pasar Dato Keramat, di sini yang dilihat sangat daif.

Anwar berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada kepada Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh.

“Pasar Dato Keramat ini saya tengok masalahnya dahulu DBKL bagi kepada syarikat swasta, (tetapi) gagal. Jadi, DBKL baru ambil balik dan saya fikir kita perlu beri perhatian kerana keadaannya sangat daif.

“Insya-Allah saya telah beritahu Datuk Seri Johari dan Datuk Bandar pun ada di sini. Kita beri perhatian serta keutamaan sebab saya rasa tak boleh bertahan secara begitu, sangat daif,” kata Anwar ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Ibnu Mas’ud, Jalan Damai di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan ke Pasar Dato Keramat dan medan selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz di sini.

-BERNAMA

 


Pengarang :