Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Badan International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia Dr Maszlee Malik di Putrajaya pada 26 Julai 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim
AGENDANASIONAL

Anwar: Badan pemikir Islam IAIS disaran koordinasi isu komuniti, pupuk kesepaduan

KUALA LUMPUR, 26 JULAI: Badan pemikir Islam, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, diharap dapat terus memainkan peranan utama mengkoordinasi isu-isu dihadapi komuniti Muslim di peringkat antarabangsa.

Perkara itu dikongsikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebooknya malam ini, susulan perjumpaan beliau dengan Pengerusi IAIS Malaysia Dr Maszlee Malik hari ini, bagi membincangkan hala tuju dan pelan tindakan institut itu untuk tempoh jangka panjang.

“Sejak ditubuhkan pada 2008, IAIS Malaysia telah memainkan pelbagai peranan penting bagi mempromosikan identiti Muslim yang positif dan memupuk kesepaduan dalam kalangan komuniti Muslim serta ummah amnya di peringkat antarabangsa.

“Paling utama, IAIS Malaysia telah menyumbang kepada pembangunan soft diplomacy negara, serta memastikan pelaksanaan libat urus melalui dialog antara negara-negara di peringkat antarabangsa, terutamanya negara Muslim, hatta hal ini selari dengan aspirasi konsep pendekatan MADANI selaras dengan dasar negara,” katanya.

— BERNAMA


Pengarang :