EXCO Pelaburan Ng Sze Han memberi penerangan mengenai Tenaga (Waste-To-Energy (WTE) Jeram milik Worldwide Holdings Berhad (WHB) yang bertempat di tapak pelupusan Sanitari Jeram kepada ADUN yang hadir ketika Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 27 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Invest Selangor sasar nilai transaksi RM3.5 bilion menerusi siri pertama SIBS

Oleh Fitri Hazim Hazam & Yasmin Ramlan

KUALA LUMPUR, 27 JULAI: Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) siri pertama yang menutup tirai hari ini dijangka menjana nilai transaksi RM3.5 billion dari sasaran keseluruhan sebanyak RM7 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor (Selangor Berhad) Datuk Hasan Azhari Idris berkata nilai transaksi besar dijana melalui acara Ekspo Taman Perindustrian dan Pelaburan Selangor (SPARK) yang menyaksikan pelbagai memorandum persefahaman (MoU) dan kerjasama dimeterai.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Bhd Dato’ Hasan Azhari Idris ketika Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 27 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

“Invest Selangor menyasarkan untuk mencapai antara 50 hingga 60 peratus daripada jumlah keseluruhan sasaran untuk siri ini.

“Rekod akhir jumlah keseluruhan nilai urus niaga membabtikan semua pempamer akan dimaklumkan kelak,” katanya Ketika ditemui pemberita pada Ekspo Taman Perindustrian Selangor (Spark) sempena di sini hari ini.

SIBS dianjurkan tahun ini diadakan dua siri dengan sasaran nilai potensi pelaburan RM7 bilion.

Pengurus Silicon Island Development, Marianne Loke (kanan) memberi penerangan kepada pengunjung ketika Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 26 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Tahun lalu, sidang bertaraf antarabangsa merekodkan nilai transaksi pelaburan RM6.12 bilion, meningkat empat kali ganda berbanding sasaran RM1.5 bilion.

Dalam pada itu, Hasan memaklumkan program Pendaratan Pelaburan Selangor (Selangor Soft Landing) kini menawarkan tiga lagi lokasi pilihan buat bakal pelabur.

Jelasnya lagi, tiga lokasi itu membabitkan pejabat TusStar, Worq, dan Common Ground yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan Damansara.

“Sebelum ini, lokasi hanya disediakan di pejabat Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC), Shah Alam dan di Cyberview di Cyberjaya.

“Lokasi diperluaskan untuk menarik lebih ramai pelabur dan menawarkan pilihan tambahan buat mereka,” jelasnya.

EXCO Pelaburan dan Perdagangan Ng Sze Han (tengah) bergambar bersama rakan penaja selepas sidang media Program Pendaratan Pelaburan Selangor di Pusat Pentadiran SUK, Shah Alam pada 5 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Mac lalu, Kerajaan Negeri melancarkan program Pendaratan Pelaburan Selangor (Selangor Soft Landing) bagi membantu pelabur yang berpontensi memilih lokasi yang sesuai untuk pelaksanaan projek mereka di negeri ini.

Selangor merupakan negeri pertama memperkenalkan inisiatif ini dalam usaha menjadikan Selangor sebagai destinasi pilihan pelaburan dan mesra pelabur.

SIBS yang diperkenal pada 2016 menarik penglibatan banyak pihak agensi kerajaan serta negara luar antaranya China, Indonesia, Japan, Uganda, Vietnam, Kazakhstan, Korea, Turki, Kenya dan Australia.

 


Pengarang :