Tanggal 31 Ogos sering membangkitkan semangat cintakan negara melalui kempen Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang. Setelah diadakan di Perak pada 2023, tahun ini giliran Selangor menjayakan pelancaran sambutan tersebut.
Disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Cyberjaya, Sepang pada 21 Julai, majlis itu turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Berlangsung meriah di depan pelbagai lapisan masyarakat dan pelancong asing, perdana menteri mengibar Jalur Gemilang bersama sekumpulan kanak-kanak di atas pentas dengan disambut bangga para hadirin.
Program sehari itu, yang memapar kejayaan pelbagai agensi kerajaan dan kebudayaan negeri, dianjur sebulan menjelang Hari Kebangsaan ke-67 dan Hari Malaysia ke-61 dengan tema Malaysia Madani: Jiwa Merdeka.
Lensa MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN dan REMY ARIFIN merakam sebahagian acara menarik saat pelancaran tersebut. Keterangan disediakan oleh HAFIZAN TAIB.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/07/1-16-500x327.jpg.webp)
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/07/2-3-1-500x333.jpg.webp)
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/07/3-12-500x333.jpg.webp)
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/07/4-19-500x333.jpg.webp)
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/07/5-9-500x333.jpg.webp)
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/07/6-7-500x333.jpg.webp)
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/07/7-5-1-500x333.jpg.webp)
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/07/8-10-500x333.jpg.webp)
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/07/9-7-500x333.jpg.webp)
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/07/10-8-500x333.jpg.webp)
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/07/11-11-500x333.jpg.webp)
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/07/12-6-500x333.jpg.webp)
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/07/14-2-500x333.jpg.webp)