Orang ramai menyertai pertandingan memasak dalam Karnival Rakyat Karangkraf: Jom Sertai Riuh Rewang Bersama PKPS di Kompleks Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam pada 28 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Riuh Rewang medan PKPS promosi makanan tradisi, barangan jenama Ehsan

SHAH ALAM, 28 JULAI: Penganjuran program Riuh Rewang oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Karnival Rakyat Karangkraf di sini sebahagian usaha mempromosi makanan tradisi.

Pengurus Komunikasi Strategik PKPS Noor Azreena Abdul Azizi berkata menerusi program itu pelbagai hidangan tradisi dimasak antaranya nasi kenduri dan ayam ungkep (masakan jawa).

Pengurus Komunikasi Strategik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Noor Azreena Abdul Azizi. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Pada masa kini, masyarakat terlalu dihidangkan dengan makanan cepat saji (fast food) dan ramai khususnya golongan muda tidak tahu sajian tradisi.

“Oleh itu kita anjurkan program Riuh Rewang yang disertai 10 kumpulan akan menyajikan sajian utama dan pencuci mulut untuk dihidangkan kepada pengunjung,” katanya ditemui pada program tersebut.

Orang ramai menyertai pertandingan memasak dalam Karnival Rakyat Karangkraf: Jom Sertai Riuh Rewang Bersama PKPS di Kompleks Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam pada 28 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Menurut Noor Azreena, setiap kumpulan yang menyertai Riuh Rewang turut dibekalkan barangan jenama Ehsan sekali gus mempromosikan produk PKPS itu kepada pengunjung.

“PKPS kini banyak produk Ehsan sama ada bahan basah atau kering. Kita mahu beritahu masyarakat bahawa PKPS bukan sahaja mempunyai projek pertanian tetapi turut mengeluarkan produk tersendiri, ” katanya.

PKPS merupakan agensi di bawah Kerajaan Negeri dan berperanan membangunkan industri pertanian untuk mempercepatkan keadaan sosioekonomi Selangor.

Orang ramai membeli pelbagai barangan keperluan asas ketika Jualan Ehsan Rahmah sempena Karnival Rakyat Karangkraf: Jom Sertai Riuh Rewang Bersama PKPS di Kompleks Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam pada 28 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Pengunjung membeli pelbagai jenis buah tempatan ketika mengunjungi Karnival Rakyat Karangkraf: Jom Sertai Riuh Rewang Bersama PKPS di Kompleks Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam pada 28 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Pengarang :