Muhammad Ajwad Muhammad Zaidi, 8, bersama ibunya Che Zaleha Che Hasan, 45, memilih komik di reruai PTS Media Group ketika Pesta Buku Kanak-kanak Selangor (SCBF) 2024 di Kompleks PKNS Shah Alam pada 28 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Manfaat cuti hujung minggu, ibu bapa bawa anak ke pesta buku

SHAH ALAM, 28 JULAI: Ibu bapa memanfaatkan cuti hujung minggu dengan membawa anak ke Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor 2024 di Kompleks PKNS, di sini, hari ini.

Ernie Diana Iskandar, 43, yang hadir bersama suami dan empat anak dari Ijok memang ternanti-nanti pesta buku seumpama ini kerana mereka sekeluarga minat membaca.

Ernie Diana Iskandar, 43,

“Anak-anak paling teruja kerana mereka dapat menambah koleksi komik kegemaran dan kebetulan pesta kali ini, penganjur memberi lebih penumpuan kepada bahan bacaan seperti itu.

“Bagus penganjuran pesta buku kanak-kanak ini, harap dapat dianjurkan lebih kerap di tempat yang lebih strategik,” katanya ketika ditemui.

Manakala, Kamarul Hadza Hulaimi, 43, berkata pesta buku memberi peluang kepada pencinta buku untuk mendapatkan bahan bacaan pada harga murah kerana banyak diskaun ditawarkan.

Kamarul Hadza Hulaimi, 43,

“Dekat sini ibarat ‘one stop centre’ pelbagai jenis buku boleh kita dapat hanya di satu tempat dengan harga yang sangat murah. Hari ini hadir bersama anak untuk cari buku latihan mereka,” katanya.

Selain itu, Shanmugasennan, 45, tidak melepaskan peluang membawa dua anaknya berusia 8 dan 13 tahun ke pesta buku itu untuk mencari pelbagai jenis bahan bacaan Bahasa Malaysia.

Shanmugasennan, 45,

“Selain membeli buku kami juga kerap ke perpustakaan untuk pinjam pelbagai jenis bahan bacaan. Harap pesta buku seperti ini dapat dianjurkan lebih kerap pada masa akan datang,” katanya.

Pesta buku anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor berlangsung lima hari sejak 24 Julai lalu menawarkan pelbagai jenis buku dengan diskaun menarik .

Menerima kehadiran lebih 80,000 pengunjung, ia turut dimeriahkan dengan aktiviti seisi keluarga seperti mewarna, melukis dan pelbagai persembahan.

Kanak-kanak mengikuti aktiviti STEM Bersama Dr Hazeeq dan rakan-rakan ketika Pesta Buku Kanak-kanak Selangor (SCBF) 2024 di Kompleks PKNS Shah Alam pada 28 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

EXCO belia ketika perasmian baru-baru ini memaklumkan usaha semua pihak penting dalam memupuk budaya membaca buku dalam kalangan golongan muda dan kanak-kanak sekali gus melahirkan generasi berpengetahuan.

Najwan Halimi menjelaskan membaca buku akan menghasilkan insan seimbang yang mampu berfikiran kritis dan berpengetahuan serta memberi kesan dalam segala tindakan mereka.

Suasana sekitar Pesta Buku Kanak-kanak Selangor (SCBF) 2024 di Kompleks PKNS Shah Alam pada 28 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

 


Pengarang :