SHAH ALAM, 29 JULAI: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjuarai kumpulan D selepas menewaskan wakil China dalam aksi Sukan Olimpik, sebentar tadi.

Pasangan negara itu tewas set pertama 17-21 kepada Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping yang juga pilihan kedua kejohanan sebelum bangkit memenangi dua set berikutnya 21-15, 21-17, lapor portal Stadium Astro.

Separuh masa kedua pula menyaksikan pasangan negara cuba memberikan saingan dengan momentum perlawanan yang lebih kemas untuk mendahului 14-6, walaupun pasangan China cuba mengejar tetapi sudah terlambat untuk meraih kemenangan 21-15 dan mengheret aksi ke set penentuan.

Dengan corak permainan yang lebih bertenaga, wakil negara mendominasi perlawanan penentuan walaupun wakil China cuba mengejar untuk muncul sebagai juara Kumpulan D dengan kemenangan 21-17 dalam aksi yang berlangsung selama hampir 70 minit itu.

Pasangan negara itu akan melalui sesi undian sekali lagi sebelum mengetahui lawan di peringkat suku akhir.