AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pusat rawatan kesuburan dibina di Shah Alam, harga 20 peratus lebih rendah

SHAH ALAM, 30 JULAI: Pusat Subferteliti Negara (PSN) pertama negara yang sedang dibina di Seksyen 17 di sini, bakal menawarkan harga 20 peratus lebih rendah untuk untuk rawatan kesuburan.

Timbalan pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berkata inisiatif sebagai usaha membantu suami isteri yang berdepan masalah mendapatkan zuriat memandangkan harga rawatan mencecah sehingga RM30,000.

“Pusat ini menawarkan khidmat kesuburan antaranya in-vitro (IVF) dan rawatan kesuburan in-vitro (IVF). PSN menawarkan harga lebih rendah antara 15 ke 20 peratus.

“Pasangan yang berusaha mendapatkan anak digalakkan menerima rawatan si pusat ini, sama ada suami atau isteri. Kita ada tenaga pakar untuk membantu,” kata Juwairiya Zulkifli pada sidang media.

Terdahulu beliau menghadiri Seminar Kependudukan Negeri Selangor 2024 yang dirasmikan EXCO Pembangunan Keluarga Anfaal Saari yang berlangsung di Hotel De Palma, di sini hari ini.

PSN diluluskan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) menyediakan khidmat rawatan kesuburan dan kesejahteraan keluarga yang komprehensif, termasuk sebagai pusat koordinasi penyelidikan, teknologi rawatan terkini dan latihan kepakaran melibatkan peruntukan RM171.

Pusat dibina di Seksyen 17 dan dijangka beroperasi 2029 itu mengandungi pelbagai komponen perkhidmatan subfertiliti termasuk sektor pentadbiran, kepakaran dan perawatan klinikal serta makmal diagnostik yang menempatkan pelbagai kepakaran.

“Pada masa ini negara hanya memiliki tiga klinik subferteliti di Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. PSN ini pembangunan dirancang berskala besar,” katanya.

 


Pengarang :