Pertunjukan bunga api sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-65 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 30 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Lebih 100 motosikal roda tiga berhias meriahkan sambutan merdeka Sabak Bernam

SHAH ALAM, 31 JULAI: Lebih 100 motosikal roda tiga akan menyertai perarakan berhias sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini peringkat Sabak Bernam.

EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail berkata peserta adalah kumpulan petani sekitar daerah itu yang menunggang kenderaan masing-masing.

“Setiap roda tiga ini dihias dengan tema patriotik mengikut kreativiti masing-masing. Mereka juga membawa Jalur Gemilang.

“Perarakan berlangsung pada 31 Ogos di Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sungai Air Tawar. Jika mendapat sambutan, kita rancang untuk adakan di peringkat negeri tahun depan,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata acara seumpama itu pernah dianjur sebelum ini melibatkan 60 motosikal roda tiga.

“Sebab ramai nak sertai, kita buat lagi tahun ini. Kita tambah bilangan peserta supaya lebih meriah,” kata wakil rakyat Sungai Air Tawar itu lagi.

 


Pengarang :