Empangan Klang Gate di Hulu Klang antara empangan utama yang membekalkan air kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Foto wikimapia.org
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Empangan di Selangor capai lebih 90 peratus, cuaca panas tidak jejas takungan

SHAH ALAM, 1 OGOS: Cuaca panas berpanjangan ketika ini tidak menjejaskan takungan di tujuh empangan utama yang menjadi sumber bekalan air kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Merujuk kepada Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Air Bersepadu, EXCO infrastruktur berkata bacaan Empangan Sungai Semenyih berada ditahap 100 peratus manakala Sungai Langat (99 peratus).

Ir Izham menambah, kapasiti Empangan Tasik Subang pula berada ditahap 98 peratus diikuti Batu (95 peratus), Sungai Tinggi (94 peratus) dan Sungai Selangor (93 peratus).

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim bercakap kepada media selepas meninjau kerja mendalamkan dan pembersihan Sungai Klang di Zon 6, Alam Impian, Shah Alam pada 8 Febuari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Setakat 30 Julai, hanya Empangan Klang Gates di tahap rendah iaitu 80 peratus namun ia tidak menjejaskan bekalan air kepada pengguna. Kolam takungan (ORS) Sungai Labu juga di tahap baik iaitu 99 peratus.

“Walaupun tidak hujan sehingga enam bulan, kita mampu bertahan kerana ada lebih 100 kolam dan tasik yang menyimpan lebih 34 juta meter padu air. Ini boleh membantu kita bertahan,” katanya ketika ditemui pemberita dalam satu program di Damansara, semalam.

Sistem Peningkatan Hibrid Pinggir Sungai (Horas) 600 di Bestari Jaya, Kuala Selangor menerusi tinjauan SelangorKini pada 23 Februari 2022 berperanan mengurangkan kebergantungan kepada sumber air mentah. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Ir Izham menjelaskan Selangor tidak hanya bergantung kepada empangan, sebaliknya kebanyakan loji rawatan air (LRA) turut menerima sumber air dari sungai antaranya LRA Langat 2 dan Labohan Dagang sekali gus membantu bertahan walaupun berdepan cuaca panas berpanjangan.

“Negeri lain terjejas susulan cuaca panas kerana harapkan takungan empangan sahaja tapi kita ada sungai. Empangan serta kolam, tasik yang ada mampu tampung bekalan lebih tujuh bulan jika tidak hujan.

“Kita hanya berdepan masalah bekalan air sekiranya berlaku pencemaran sumber. Sebab itu kita lancarkan Projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) yang dijangka beroperasi Oktober ini,” katanya.

Susulan fenomena cuaca panas berpanjangan ketika ini, paras air di beberapa empangan di Kedah dan Perak mengalami penyusutuan antaranya Empangan Bukit Merah serta Empangan Muda.

Keadaan di sekitar Empangan Semenyih yang merupakan antara empangan utama di Lembah Klang. Foto Facebook Air Selangor

Pengarang :