Suasana sekitar Pesta Buku Kanak-kanak Selangor (SCBF) 2024 di Kompleks PKNS Shah Alam pada 28 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR
AGENSISELANGOR

PPAS bakal terbit komik pertama karya pelukis Zid, kisah anak istimewa

SHAH ALAM, 1 OGOS: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bakal menerbitkan komik pertama karya pelukis Mohammad Yazid Kamal Baharin atau lebih dikenali Zid dalam masa terdekat.

Ketua bahagian unit korporatnya memaklumkan komik berjudul ‘Work From Home Dad’ itu kini dalam proses perjanjian persefahaman dengan penulis dan prosedur penerbitan.

“Komik pertama ini mengisahkan cerita sebenar Zid sebagai bapa menjaga anak berkeperluan khas menghidap Smith Magenis atau gangguan perkembangan ketika Covid-19.

“Perjalanan menguruskan anak istimewa tidak mudah terutama ketika pandemik dan PPAS mengambil inisiatif berkongsi kisah benar ini kepada masyarakat tetapi dalam bentuk komik.

Ketua Bahagian Unit Korporat PPAS Zafrullah Aris bercakap kepada Media Selangor ketika Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor (SCBF) 2024 yang berlangsung di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 27 Julai 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Zid banyak menghasilkan karyanya di peringkat antarabangsa dan PPAS memilihnya kerana komik beliau selain memberi hiburan ia dapat menyampaikan mesej bermanfaat kepada masyarakat,” kata Zafrullah Aris kepada Selangorkini.

Minggu lalu, PPAS menganjurkan Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor 2024 kali kedua di Kompleks PKNS selama lima hari bermula 24 Julai lalu.

PPAS menampilkan ruangan khas iaitu zon komik selain memperluas ruangan ilustrasi khusus untuk kanak-kanak yang meminati bidang lukisan.


Pengarang :