PBTSELANGOR

Cenderahati menanti pembayar cukai taksiran sempena kempen MBPJ hujung minggu ini

SHAH ALAM,1 OGOS: Orang ramai berpeluang mendapatkan cenderahati daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sempena kempen bayaran cukai taksiran bagi penggal kedua hujung minggu ini

Bertempat di Jalan SS 25/4 berhadapan Balai Raya Tamera SS 25, MBPJ menerui Facebook memaklumkan orang ramai boleh mengunjungi kaunter untuk membuat bayaran mulai 9 pagi hingga 2 petang.

Pihak berkuasa tempatan itu juga memaklumkan perkhidmatan lain turut disediakan seperti khidmat nasihat pembayaran cukai taksiran dan penukaran nama pemilik harta.

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan boleh hubungi Jabatan Perbendaharaan MBPJ di talian 03-7956 3544 sambungan 102/103/108 dan 109.


Pengarang :