Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika sidang media mengenai serbuan dan tangkapan pusat panggilan sindiket penipuan tawaran kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang pada 4 Ogos 2022. Foto BERNAMA
AGENDAJENAYAH

Bapa, kanak-kanak dua tahun pandu kereta akan didakwa

SEPANG, 3 OGOS: Bapa dan anaknya yang memandu kereta Perodua Viva dengan membawa dua adik di kawasan Taman Putra Impiana di Puchong sehingga tular akan didakwa.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kertas siasatan sudah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Menurutnya, kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 39 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan 1987.

“Bapanya pula akan dituduh mengikut Seksyen 39 (5) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Hukuman Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan malam tadi, lapor Berita Harian.

Beliau berkata, pertuduhan juga akan dibuat bersama dengan kertas siasatan jenayah selepas pegawai penyiasat melaksanakan tindakan lanjut.

Media sebelum ini melaporkan polis mengambil keterangan bapa kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang memandu kereta dengan membawa dua adiknya di kawasan Taman Putra Impiana di Puchong, sehingga tular di media sosial.

Wan Kamarul dilaporkan berkata lelaki berusia 53 tahun itu hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk memberi keterangan pada jam 11.30 malam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu tular rakaman video berdurasi satu minit 49 saat memaparkan seorang wanita menahan kereta jenis Perodua Viva yang dipandu kanak-kanak lelaki dan turut dinaiki dua adiknya.

Menerusi rakaman itu, kereta terbabit dipandu agak laju ketika melalui bonggol di depan sebuah rumah sebelum diarah wanita berkenaan memberhentikan kenderaan.

 


Pengarang :