Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku Lim Yi Wei (tengah) bertemu orang ramai dalam program Selangor Saring peringkat DUN Kampung Tunku di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) SS3, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Kesan awal penyakit, lebih 200 individu manfaat saringan kesihatan percuma

PETALING JAYA, 3 OGOS: Lebih 200 individu hadir program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku , hari ini.

Wakil rakyatnya Lim Yi Wei berkata program Selangor Saring yang pertama kali dianjurkan peringkat DUN itu dihadiri majoriti berumur 50 tahun ke atas yang memanfaatkan pelbagai saringan kesihatan yang disediakan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku Lim Yi Wei. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Kita amat menggalakkan juga golongan muda datang melakukan saringan kesihatan terutama yang ada sejarah penyakit barah dalam kalangan ahli keluarga. Program ini bukan khsuus untuk warga emas semata-mata.

“Inisiatif ini menyediakan pelbagai jenis saringan kesihatan. Justeru manfaatkan peluang ini. Jika lakukan saringan kesihatan di luar kena bayar, di sini percuma sahaja,” katanya kepada Media Selangor di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) SS3, Petaling Jaya, hari ini.

G Sarah, 54. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Sementara itu, pembantu rumah G Sarah,54, berkata beliau mendapat janji temu saringan kesihatan pada hujung Ogos ini tetapi diawalkan kerana terdapat kekosongan slot.

“Peluang saringan percuma ini tidak selalu ada dan seharusnya dimanfaatkan semua tidak kira tua atau muda. Penjagaan kesihatan penting kerana pada masa kini penyakit hanya tahu apabila sudah kronik sahaja,” katanya.

Mimizalina Ab Rahman, 61. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Dalam pada itu, Mimizalina Ab Rahman,61, pula berkata saringan kesihatan wajar diteruskan kerana membantu orang ramai mengetahui tahap kesihatan masing-masing.

“Sebelum ini, ramai tahu jualan sahaja tetapi bila dianjurkan bersama saringan kesihatan kita boleh terus datang untuk buat saringan kesihatan, amat bagus,” ujarnya.

Bagi warga emas Cheah Swee Kit,76, berkata beliau

Cheah Swee Kit, 76. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

sangat gembira kerana ada saringan kesihatan diadakan berdekatan kawasan perumahannya.

“Sebelum ini, saringan kesihatan tidak banyak tetapi kini menyeluruh dan sesuai untuk warga emas. Sudah pasti saya berasa gembira dengan insiatif dilaksana Kerajaan Negeri ini,” katanya.

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.

Program Selangor Saring dianjur pada setiap bulan. Pada bulan lepas saringan kesihatan percuma itu telah diadakan di DUN Paya Jaras, Dengkil, Sungai Tua, Batu Tiga dan Pandamaran.

Orang ramai membuat pemeriksaan kesihatan percuma dalam program Selangor Saring peringkat DUN Kampung Tunku di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) SS3, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Orang ramai membuat pemeriksaan mata percuma dalam program Selangor Saring peringkat DUN Kampung Tunku di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) SS3, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Orang ramai membuat pemeriksaan kesihatan percuma dalam Program Selangor Saring peringkat DUN Kampung Tunku di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) SS3, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Orang ramai membuat pemeriksaan kesihatan percuma dalam Program Selangor Saring DUN Kampung Tunku di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) SS3, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Orang ramai membuat pemeriksaan fizikal dalam program Selangor Saring peringkat DUN Kampung Tunku di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) SS3, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Orang ramai membuat pemeriksaan mata percuma dalam program Selangor Saring peringkat DUN Kampung Tunku di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) SS3, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Pengunjung membuat pemeriksaan mata percuma dalam program Selangor Saring peringkat DUN Kampung Tunku di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) SS3, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Pengunjung membuat pemeriksaan telinga dalam program Selangor Saring peringkat DUN Kampung Tunku di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) SS3, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Orang ramai membuat pemeriksaan kesihatan percuma dalam program Selangor Saring peringkat DUN Kampung Tunku di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) SS3, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Pengarang :